Want your
own Fotopage?








 
Siti Sohailah's

By: Siti Sohailah A Soheimin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 7-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
day 04 disneyland

disneyland
aidil main kat toon towns
naik jolly trolley
masuk kedai jap..testing2
castle kat belakang tu
ni la bilik kids club
HI!
serabut sebab byk katil
bon voyage dekat pintu masuk disneyland
View all 24 photos...
Walaupun semalamnya penat..ku gagahkan diri untuk bangun awal, solat Subuh pastu prepare nak ke Disneyland pagi ni. Siapkan baju-baju, mandi-mandi, dan abahnya pon mandikan dua2 anak, LIn n Meor pon bangun. Kami siap awal-awal tu sebab takut berebut bilik air pulak dengan lin nak gi kerja pagi ni. Kesian Lin and Meor, semalam tu layan kami, harini nak kerja pulak. Terima kasih yer Lin & Meor.

Lepas salam2 ngan Lin and bye, terus kami singgah 99 beli breakfast dan sedikit bekalan nak makan nanti. Yerla, dah masuk disneyland mana sempat nk makan betul-betul kat restaurant. Awal lagi, baru pukul 8 so off to Sheraton Grande Bay Hotel official hotel for Tokyo disneyland ni. Check in lepas pukul 3 tapi boleh la nak parking siap, dan simpan beg dan juga beli tiket masuk ke disney. Biasanya harga one day pass untuk satu park (kat sini ada Disneyland and Disneysea, kami pilih Disneyland sebab lagi syok kat sini) 5800yen. Tapi kami ambik discount coupon dari company kami bekerja dan join Disney Club so dapat la off 1400yen. UNtung tu.... Hotel Sheraton ni byk la bestnya dari HOtel Tokyu Bay(one of the official hotel) yang kami pernah duduk sebelum ni. Even tak check in bilik pon, still boleh enjoy. Ada bilik untuk guna internet yang sangat spacious, ada tempat untuk main PS2, X BOx, ada kids corner, ada couch utk landing2... dan layanan pun sangat bagus. Semua staff nya muka manis-manis dan sentiasa tegur pelanggan-pelanggan, dah la staff ramai bukan main. Ramai la yang melayan anak2 ku bg gula2 la. Yang si Aidil pulak taknak tinggalkn Xbox. Adoi..org dah siap-siap nak gi disney, kena la pulak layan dia main XBox. Ada 2 cara nak ke disneyland, satu cara naik mickey bus (hotel punya shuttle bus) ke monorail station untuk naik monorail terus ke depan disneyland, Satu lagi naik mickey bus to Maihama station, dari sini jalan 5 minit sampai la ke main entrance. kami naik bus ke Maihama station je. Kedekut nak beli tiket monorail.

Sampai dalam Disneyland ni biasala, mak budak lebih tergedik dari budak-budak. Aidil yang suka berlari ke sana sini jadik takut pulak. Gamaknye orang ramai sangat kot. Abah la layan dukung Aidil sbb baby dah duduk dlm stroller. Nak pinjam stroller yang disney ni malas jugak sbb kalau Aidil taknak duduk nak kena tolak stroller lagi. Awal-awal pagi ni memang la tersangat ramai manusia kat disneyland ni. Kanak-kanak, orang dewasa..penuh. Tourist pon ramai jugak berbanding dengan masa sebelum2 ni. Ramai jumpa yang dari China. Disebabkan orang ramai sangat, kami relax-relax je jalan, ambik fast pass Winnie the pooh untuk petang ni. Fast pass ni kita boleh ambik (limited je) one at a time utk memudahkan kita naik rides yang memang ramai orang. Masa kami sampai tu Winnie the pooh cuma ada fast pass untuk pukul 530pm ke atas je. Dan kalau nak beratur, 120minit...fuhhhh. So naik je yg bodo2, naik bus pusing2 dalam disney. dan bawa aidil main kat Toon Towns. Sempat jugak naik Jolly trolley dengan Aidil.
Kat toon towns ni ada rides cerita Roger Rabbit, 30 minit jugak la beratur, tapi naiknya tak sampai 5 minit. Heheh...OKla kan. Ada 5 parks dalam Disneyland ni, Adventureland, Westernland, Fantasyland,Critters land, Toon Town dan Tommorowland. Adoi...sehari memang tak puas, nak pulak jalan dengan anak-anak. Lepas naik Roger Rabbit tu ada parade kecik, lepas tu Aidil dan Aichan dah terlena. Penat sangat kot, panas sungguh haritu. Apa lagi, sempat la bershopping jap sementara anak-anak tido, Beli la Tshirt sorang selai.. Mulanya nak tunggu Parade pukul 3 tapi dah tak larat sgt. so burn je la. Balik bilik je.(memang rugi tk gi parade kul 3 tu. nyesal sungguh! so hb ckp..jom kita pi lagi sbl balik msia...YATTA!)





Check in bilik..rupanya kami di upgradekan ke Kids Club Floor. Comelnye. Elevator pon ada characters.Dalam bilik memang penuh la...sampai kami yang dewasa ni naik rimas. Hehehhe . Kami booked bilik Deluxe tapi agaknya dia tgk kami berempat..dibaginya bilik Quad. Ada 2 katil Queen dan 2 katil single. Adoiii...depa ni ingat anak-anak kami reti tido sendiri-sendiri kot.



Lepas solat, kami masuk sekali lagi Disneyland...berbaju baru..sedondon.. Hehhee...


Terus layan Winnie the Pooh.


Cutenye.. masuk It's a small world.
Lepas tu Aidil request nak naik boat..merasala la mark Twain cruise


Mama pulak suka jungle cruise sbb yang tukang bawa ni selalunya kelakar. naik tu dan berkejar naik Western River railroad yang aidil tergedik-gedik nak naik..Masa ni dah malam..seram jugak la...dan dah agak sejuk.

Abih sume tu, perut lapar, beli popcorn sambil tunggu Electrical Parade...


Abih Electrical Parade berkejar balik bilik sebab nak tengok fireworks dari bilik..hampeh. Cancel la pulak malam ni...adoi..penat je berlari balik tadi. Kalau tunggu dan naik lagi rides pon tkper.



Tapi malam ni kami ada surprise!!!!! Happy birthday Darling! PUkul 1030 ada la room service datang ketuk bilik. Birthday boy tu siap tk pakai baju lagi pi bukak pintu bilik, tengok ada cake. Sodap woooooo. Sapa2 nak buat birthday surprises...memang disyorkan. Boleh request nak suruh cake n flower delivery sampai kul 12 mlm.. kek pulak masyaAllah sedap! Tapi Aidil lagi excited nyanyi lagi hafiy day tu-yu...hafiy day tu-yu...(rindu kat hafiy kot)



Pajama kami sedondon gak..yang hotel punya. Cute kan!

tq sbb sudi dtg umah kami.. anyway umah aku pon disney official ryokan tau kakakakakka beshh nye tgk korang tido kt hotel tuh.. siap request kek birthday... tu ko youyaku awal2 ek!!! Sun 11-May-2008 09:49
Posted by:linchan  - [Link]
aku suka gambaq hangpa satu family kat cinderella castle tu...ngan aidil lena lentok lagi...hehe

happy mother's day!!
Sun 11-May-2008 16:01
Posted by:nis  - [Link]
amboiii sonoknya cuti-cuti jepun.heheheeh.weh panjangnya rambut aidil:) cuter jerk Fri 16-May-2008 09:18
Posted by:farah farah225@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Tuesday, 6-May-2008 00:55 Email | Share | | Bookmark
day 02 and 03 in tokyo

belakang tu rainbow bridge
pacific meridien hotel
fuji tv
dinner with lobster
 
venus fort
View all 17 photos...
Day 02

Kami bertolak keluar dari rumah Kak Anis pukul 10am sebab nak ke Malaysian Embassy. Passport dan surat beranak Ai shahira tk buat lagi. Sebenarnya, ini lah tujuan asal kami datang ke Tokyo ni. Alang dah kat Tokyo, jalan je la kan. PLan awal nak jumpa Nor n hafiy tapi malam tu Nor kata dia sakit perut macam contraction. And pagi ni dia pi check up, so tak jadila nor nak turun ke tokyo. waa..sedehnye...

So, settle je apply passport dan surat beranak, kami terus ke Odaiba, check in di Pacific Meridien Hotel. Memandangkan belum lagi pukul 3, kami just check in our luggage and parking kereta. Lepas tu kami pon jalan-jalan la area Odaiba. Mula-mula ingat nak masuk Fuji Terebi tapi leka sangat dengan fair kat ruang legar fuji terebi.


Ada orang bagi eksrem free, so asyik duk ulang lalu kat area situ..dah la memang agak lapar...orang pulak bagi eskrem free. Pastu ada banyak la booth yang kalau dia jawabkan soalan nanti dapat hanky free ke, magnet free ke. Pertandingan robot lawan gusti pon ada..menarik. Tercegat lama kami kat situ. Mado sempat jugak try main putter golf. Tengok2, jam dah dekat pukul 3, battery camera pon dah kong...memory pon dah abih. Terpaksalah kami bergegas check in untuk segarbugarkan kembali camera masing-masing.
Ni gambar Ai chan dikerjakan Aidil..tengok2 dah penuh atas kepala aichan dengan sticker




Masuk je bilik...fuiyoooooooo. LUasnya. Mengadap pulak ke rainbow bridge, memang 110% manzoku! Dapat connecting room dengan bilik adik, Aidil punya la seronok. Abih bilik adik di kucar kacirkan. Sorry ye adik.. so time nak bergambar, gi bergambar kat bilik kami la. Lain kali ambik satu bilik pon dah cukup sebab bed dia besar. Lepas solat2 perut pun dah bekeronsong, kami pon off to venus fort nak cari makan. Cantiknya venus fort tu..kat ceiling nya ada lukisan2 awan. Tak tau malam ke siang sebab terlalu real lukisan-lukisan 3D tu. Jalan punya jalan...merasa kami makan Ise ebi (lobster) set dinner. Aduh,,sedapnya...alhamdulillah. Kenyang perut. Kebetulan masa kami pi tu ada orang Hawaii practice menari utk show siang...Ai shahira menagis taknak duduk... Sekali tu mamat hawaiian ni kalungkan bunga kat Ai..cantik bunga orchid ni...
then off we go to toyota exhibit area...tk sempat nak tengok sangat sebab dah nak tutup. Adik and husband dia sempat la merasa driving simulation. Ada fuji speedway 3d experience, ada test drive crown, electric car n macam-macam lagi tapi sebab dah nak tutup.. tk merasa la. Banyak tempat kat jepun ni pukul 9 dah tutup..kecuali game center. So kami pun ke game center, main billiard sejam...
Balik tu..jalan2, bergambar dengan 'statue of liberty' yang kecik.. kibun tenkan duk kat oversea.Camera kami yg battery kong buat hal lg so guna camera adik jer. Balik tu, mandikan anak2..desyum..landing atas katil.

day 03

Check out hotel pun dah lambat, terus lunch dekat food court kat Odaiba. Manusia punyala ramai memandangkan 29/4 ni public holiday. Lepas lunch patah balik ke embassy untuk ambik passport dan surat beranak yang dah siap. Sempat solat kat surau embassy. Adik akan balik ke Ibaraki petang tu jugak sebab esoknya kami nak ke disneyland dan adik tak join sama. Sebelum hantar adik kat bus station, kami singgah kat Tokyo Tower. Tak naik atas pun, cukuplah ambik gambar kat bawah dan naik ke tingkat 3. Sebab di situ ada 3D gallery. Pueh la bergambar kat situ.



abaikn ler mak yg comot nih


Yang tak bestnya..tk puas nak shopping kat Odaiba..Betulla buih,kat venus fort tu byk sagat kedai2 best yang tk ada kat area kami nih.. HUhuhuuhuhuh...byknya kedai yang best-best kat situ..bila lagi la nak sampai sini yerk! Lenkali kena wat trip untuk shopping je la.

Lepas hantar adik, kami ke rumah Rizal and Sofia. Kebetulan Kak Ruby n Sam pun ada. Klepung klepang bersembang pukul 9 baru dapat keluar dari rumah Rizal. Malam ni kami plan nak tupang tido rumah Lin dan Meor. Sooryy lin sebab lambat sampai. Kesian korang ..sorry sangat. Sampai-sampai terus lin hidangkan nasi hujan panas dgn kurma ayam, sambal sotong n acar. Sedapnya...tq lin. Kenyang perut kami mlm tu. Ikutkan ati nak je aku abihkan seperiuk nasi rumah lin..,tapi dah rasa kembung sangat perut nih. hehehe.


>> mungkin bagi mereka yang first time kat sini rasa terkejut juga dengan corak kehidupan yang high speed...
>> cost of living pun boleh tahan...
Tue 6-May-2008 19:21
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
suka ngk gambo hang kiss ai chan tuh..cute sgttt.. Mon 12-May-2008 00:57
Posted by:momharraz harrafyelza@yahoo.com  - [Link]
oh tokyo!! best kan..?!! rasa nak pi lagi.. kami mmg suka odaiba.. best ct dapat stay kt situ.. bby pun dah besar..makin cute bila sbnrnya balik m'sia? do tk care k.. Tue 13-May-2008 23:19
Posted by:syanashwa syanashwa@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 27-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Trip to Tokyo

 
 
 
View all 9 photos...
Starting from 26th, our company cuti Golden week (is a Japanese term applied to the period containing the following public holidays apr 29, May 3,4,5) Sesetengah company akan bagi cuti panjang masa ni. Tahun ni company kami bagi cuti 10 hari..sodap! So memandangkan cuti kami start awal dari cuti company2 lain, kami plan la ke Tokyo nak buat surat beranak Ai Shahira dan passportnya sekali kat Malaysia Embassy. Alang-alang dah berjalan tu...

Jadi seawal 330am, 27hb kami pun memulakan perjalanan ke Kanagawa-ken. sebabnye dah berjanji dengan adik Mado dan anak sedara mado, sedara Buih nak jumpa kat rumah Buih. Buih nak bawak kami jalan2 kat area Yokohama. Sebab kami keluar pagi pulak ialah nak guna etc machine yang baru dibeli. Guna etc ni ada banyak waribiki..kalau ada kat highway dari pukul 10 mlm sampai 4 pagi akan dapat less 40%, sebab itulah kami keluar pukul 330 pagi. banyak wooo 40% tu.. Biasa-biasa naik highway dalam 6600yen (RM200 lebih) tapi kalau dapat less ni cuma byr dalam 3900yen (120 ringgit) je..

Ni anak2 dalam kereta..Aidil tak tido sangat pon sepanjang perjalanan. Seronok layan cerita Majyo no takkyubin.



Sampai-sampai di rumah Buih, kami picnic-picnic dulu, lepas tu barulah bertolak ke Minato MIrai 21. Orang punya la ramai...hampir kesemua parking lot full, tapi berjaya juga kami masuk parking kat World of Porters Mall. Dari situ kami berjalan kaki ke Red Brick Warehouse Park. Cantik area ni. Boleh tengok orang ebrbaring-baring kat atas rumput-rumput, anak-anak berlari bebas..cuma tak syoknya, banyak sangat anak-anak anjing comel. Hehehe...kita ni takut, risau kalau Aidil terpegang ke. Orang-orang tu pulak dengan ramahnya suruh pegang la... Adoiii!


Yang sebelah kanan tu adik ipar kami, Hafizh (senior kite under RPKJ tapi jadik adik ipar) and yg dukung baby tu adik my husband, adikk @ wan zatul hijanah.

Ni la gambar kat minato mirai 21, Sebelah tu pulak red brick warehouse.


NI pulak Buih melayan sepupu sedaranya (dua pupu??), Aidil beli air.


Area situ ada ferry yang menghubungkan beberapa tempat. Memandangkan Aidil pon meraung-raung nak naik boat.. bawak aje la dia naik boat tu. Dari red brick warehouse kami ke Cosmo World.

Ni anatara gambar kat cosmo world


Lepas jalan-jalan tu kami kembali ke mall tempat kami parking kereta. Maisng-masing pun dah dahaga dan penat. Anak-anak pun dah mula nak meragam terpaksa gilir-gilir dukung. Heheh.
Petang tu kami minum di restoren Surabaya, masakan INdonesia. Masakan ayam nye saja yang halal. Kalau daging...tak halal. Macam-macam sungguh. Hehehe... mahal jugak. Jus markisa segelas 500yen (RM15). Tak sempat nak shopping pun kat situ, cuma masa duk kejar Aidil, ternampak ada kedai jual button CRocs. Murahnye..seketui baru 189yen. Ambik sorang sebijik, mama satu, Aidil satu.

Keluar je dari MInato Mirai, terus ke rumah Kak Anis and Bird. Malam tu kami minta izin tumpang tidur yer. Thanks to Kak anis sefamily yang sudi terima kami. Dalam duk tak larat berbadan dua tu sempat lagi masak2. Alhamdulillah..kenyang kami malam tu.

beb..hang da nampak slim sket..huhuhu...geram je nak gigit kaki baby Ai tuh.. Mon 5-May-2008 00:08
Posted by:momharraz harrafyelza@yahoo.com  - [Link]
wah..bestnya!! we want more! we want more! we want more!
update cepat hehehe....rindu kat Aidil & Ai Shahira!!!
Mon 5-May-2008 01:14
Posted by:Erna
Add comment


Friday, 25-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
I ve been tagged



TQ erna pasai tagged aku.

Quote:
This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!

Do not delete any of the links and be honest to yourself!

************************************************************

BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass ,
McTa ,manje ,nitta,yatt, mat gebu

next

The lucky 7 person I am going to tag is
S_Shamen, Siti Azma, Sweet Bobo, Mak Lang, Kak Pah Sherry, Lizah Zakaria, Dayang....
(Dan, untuk senarai nama di atas, sudilah kiranya menerima gambar "Touch Of Nature" dari mat gebu untuk blog/fotopages anda..)

10 person i'm going to tag is
shima, jasmeen, yullina,soulha,elianas,rani, sabrina,zuhri, kak rinchan,umi-kal...dan sudilah kiranya menerima TOUCH OF NATURE dariku untuk mu wahai sabahat sekelian untuk ditepek di FP/blog memasing supaya dinding umah cantik berseri.

Mereka yang ku rasa sudi menerima (sudi tak sudi, kena terima jugak! Wakakaka) bunga kantan kembang mekar ini ialah.....
1. Erna 2. Kak Noor 3. Muna 4. Cak 5. Aimi 6. Kuchai 7. Mama Ca 8. Mummy Jam 9. Zakiah 10. Anna

Terimalah bungan kembang setaman ini daripada mommy: (tengah garu kepala nak tag 10 orang!!!! huhuhu)
1. Madoct
2.Farah@Mama225
3. Shah,Sya,Syahmi,Syafikah adeii! makin panjang link ekau! jgn mare..siapkan takoyaki utk den..balik sok den singgah makan
4. Yaya just to remind me that i need to bake your cookies
5. Hana Mek buyong..alahai..kalau larat dan lepas segala sickness tu le yerr..
6. Nor@MommyHafiy ya ampun! kalau tak buat pun dimaafkan..mak buyong dah hampir nak meletops ni
7. Lyn@Sudan Ya Allah! Ya Ampun! baru ku teringat! nanti ya Lyn! mak wayar byk putus ni asik lupeeeee... akan ku settlekan asap!
8. Diba khas utk mu..cewah! asik takdak jodoh yo ekau nak oda brownies den..huhuhu..satu hari nnt insyaallah ya
9. Kak Gee
10. Valli congrats and good luck with 2 kiddos!


Next... yer
Kawan-kawan yang kena tagged ni..terimala bungaaaaaaaaa
1. yus
2. adik
3. mamayaya (sorry yer..dah nk duedate pon)
4. linn (minggu depan yoroshiku)
5. kak aishah
6. kak fizan
7. kak arisya
8. kak anis (yoroshikuuu minggu depan)
9. zie
10.fara(mom harraz&qhalys)


cek pon kena tagged...yatta! tq2 pasai bg bunga kantan ni..rindunya. Kat rumah aku ada yg frozen je..dah tk mau kembang dah.

Hi..tumpang lalu tn rumah. tudung italy for sale.Come & visit my fp:) Thu 24-Apr-2008 20:50
Posted by:mesya  - [Link]
dah siap ur "homework" ya! Fri 25-Apr-2008 02:13
Posted by:mommyashvaathini  - [Link]
Add comment


Monday, 21-Apr-2008 00:37 Email | Share | | Bookmark
gambar passport Ai-chan

 
 
 
View all 8 photos...






taraaaa...hasil camera sony DSC-T100. Ambik kat kedai mahal sangat..terpaksa la buat sendiri walaupun mula2 tu mendoi jugak laaa

we call elder sister as "akka" and younger sister as "thangkaci" .....
Thu 24-Apr-2008 07:39
Posted by:mommyashvaathini  - [Link]
auntie nor vote set gambar yg last tuh..ayu gitu!ishhh..tak sabar nak picit2 pp ai chan! Fri 25-Apr-2008 08:37
Posted by:mommyhafiy
wahahaha..kan kan..bt sendri lg senang..kekekeke ..aku xtau nk kata anak ko ni ikut muka sape..tp mulot ade ikut laki ko sket kot..herhherhrhrh Sun 27-Apr-2008 06:54
Posted by:maYa
View all 11 comments Add comment


Sunday, 20-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Aidil terkepit jari

jari berbungkus
 
sayer nk pakai reben gak
Asyik2 Aidil ni buleh sakit jaaaa..adoi. Ari Jumaat lepas terkepit jari pulak kat elevator....

Care to comment?


Saturday, 12-Apr-2008 19:48 Email | Share | | Bookmark
Atsumi strawberry farm

aiyo..panasla
hahaaks..gelak kat abah
cantik bunga ni..nk petik laaa
View all 16 photos...
Alhamdulillah...kali ni pilihan kami tidak silap lagi. Selepas peristiwa tahun lepas terkena strawberry farm yang dah nak habis buahnya, tahun ni kami pilih strawberry farm yang lain pulak. memang gemuk-gemuk, besar-besar buahnya.
Perjalanan kali ni agak jauh..2jam jugak nak sampai ke tahara tapi tk bosan sebab guna jalan tepi laut. Dapat cuci mata..Aidil dah merajuk-rajuk dah sebab tk sampai lagi tempat ichigo. Lagi 10km nak sampai baru terlena. Apa lagi, moyok seket la masa baru-baru sampai. Tapi moyoknya hilang lepas tengok ichigo! Tempat ni bagus..bayar 1000yen sorang (bawah 3 tahun free) dan makan la banyak mana yang nak, no time limit. Ada ichigo jenis Beni Hoppe(red cheek) yang popular. Kami dibagi satu bekas untuk letak susu pekat (kalau suka boleh cicah dalam susu tapi sebab dah sedap sangat susu pon tk perlu). Susu pulak boleh tambah je sesuka hati. 2 orang dibagi satu row kat tengah-tengah batas(batas ke namanyer??)ichigo. PUas hati makan, tak payah berebut dengan orang lain. Tahun lepas, di suatu tempat ni terpaksa berebut-rebut nak makan..sapa lambat dapat ichigo hijau la jawabnya.



Yang kecik tu size biasa ichigo..yang besar tu size luarbiasa yang banyak sangat kat sini. Adui..tak termampu nak balun banyak-banyak sebab besar sangat.


Aidil ni suka sangat main-main, tersembam kat celah-celah pokok, habis baju seluar kaler hitam jadi kaler hijau kena lumut. Baju pulak penuh tompok-tompok ichigo kaler merah. Ish..lasak sungguh. Terkinja-kinja. Mujur ada seluar spare.

Sebelum balik tu sempat la beli ichigo jam dan ichigo salut choc kat sini. Di luar ladang ni ada pokok2 bunga dan ladang sayur. Kalau nk petik sendiri sayur-sayur ni, bayar 500yen dan boleh isi sebanyak mungkin dalam satu beg plastik besar yang diberi. Ada kobis, bawang, lobak putih, carrot, daun lobak dan lain-lain.

Ni pulak Ai Shahira yang tak makan ichigo. Mama suap jugak tapi macam kyoumi nai je. Minum susu je la yer Ai-chan. Bila dudukkan dia dekat pokok-pokok bungan mula la nak tarik-tarik.




On the way balik, ada taman tepi laut ni. Singgah sebab nampak cantik. Ramai jugak orang walaupun tengahari rembang. Biasala, suhu masih rendah, jadi kalau keluar tengah-tengah hari ni rasa sedang-sedang elok je.







Madoct, thanks for visiting my humble fp. Salam Perkenalan, nihon de sunde iru tokoro wa doko desu ka. Ichigo wa oishii so desu yo. Mata ne Sun 20-Apr-2008 17:50
Posted by:Imran  - [Link]
Bestnya dapat mkn strawberi besar2 gitu..Aishah pun dah besar ler... Wed 23-Apr-2008 13:50
Posted by:Nero@Echa neroecha@gmail.com  - [Link]
Ai cyan
ai ni anak mama ke anak patung??
comelllllllllllllllllllllllllllllll

ichigo!!!nak cikit!
Sun 27-Apr-2008 05:52
Posted by:Fid mummy akif hafiy crafidah@gmail.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Thursday, 10-Apr-2008 09:15 Email | Share | | Bookmark
Erna, Faizal, Danish and Damia datang. Yatta!

 
 
 
View all 9 photos...
Hisashiburi ni dapat tetamu. PUnya la tak sabar menanti depa ni datang. Akhirnya datang juga dan rasa macam sekelip mata je depa dah nak kena balik Malaysia. Sedehnye...seronok je bila ada kawan-kawan datang berkunjung ni. Erna, tq sbb datang..hang punya brownies mmg superb. Tq bawa buah tangan banyak-banyak. Minta maaf jugak sebab keadaan kami yang tidak seberapa ni.

First day Erna sampai sini, aku jemput derang kat Anjo eki..pusing punya pusing sesat jugak aku rupanya walaupun dengan bantuan Navi. Akhirnya erna tunggu lebih setengah jam baru la aku sampai. Alhamdulillah tak susah nak cam...heheheh...yerla, saper lagi yang pakai tudung dengan dua orang kanak2 comel tunggu di perhentian teksi.Amboii..comeynya Erna sama macam kat FP dia. Jalan-jalan kejap..lepas tu terus aku ajak erna balik rumah aku sebab nampak dia macam tk larat..(demam). Bagi panadol 2 biji erna down sekejap so malam tu kami tak kemana-mana. Lagipun esoknya erna nak keluar awal ke kyoto pulak.
Esoknyer erna sefamily ke Kyoto seawal 8:30pagi dah keluar...terasa satnya Erna datang. Lepas satu malam kat Kyoto Erna akan balik kesini balik.
Sepatutnya Erna plan nk ke USJ tapi tk jadi sebab anak2 makin teruk selsema so takut melepas plan nak main snow hari Sabtu.. So Jumaat tu Erna sampai awal sket kat okazaki ni. Bawak erna g Okazaki minami koen. Tempat kami selalu jalan2 dengan anak2. Kami pon memang plan nk bergambar dengan sakura. Maklumla..ini mungkin tahun last kami di sini.







Sabtu pagi, bertolak ke Hirugano. Bawak bento pakaian dan bahan mentah untuk dimasak kat rumah kaisha ni. Puasla Damia bergolek dalam salji..walaupun dah tak banyak sangat salji..boleh la budak-budak nak enjoy..




Memandangkan hari masih awal, tak jadi plan tido kat rumah kaisha, terus ke Toki outlet je. Aku okey jer sbb bukan aku yang drive. Heheheheh..kalau aku drive, memang sah kena tido sbb aku dah tk larat...(apa punya stamina la aku ni..madok kata koureisho高齢症 ) Apa lagi shopping time la... Beg Erna beranak pinak lagi..eehehehheeee


Dah Ahad pon..Erna dah nak kena balik ke Saitama untuk flight esoknya. Sedehnyeee...
Plan hari ni dekat-dekat ajer..ke OKazaki Koen tgk Sakura festival. PUnya la jem..parking pon jauh... jenuh jalan. Kesian Erna n Faizal menggendong anak-anak. Aku dukung Ai shahira yang 9kg ni pon dah rasa nak patah bahu.



sebelum berpisah tu kami makan-makan kat Atom Boy sushi...merasa jugakla erna makan unagi(belut). Hehehhee,,terkena jugak ko yer



Sedeh sangat masa nak berpisah dengan erna, walaupun kejap je jumpa rasa macam dah lama sangat kenal. Maklumla..sejak duk Jepun ni mana la ada duk kenal-kenal dengan kawan baru. SEtakat kawan-kawan kat jepun ni jerla. Tq erna sebab datang. Ai shahira pon terhibur je dengan kakak Damia...suka sangat bila Damia sebut.." yer sayang..'' kat Ai Shahira..Cutenyer masyaAllah. Danish ngan Aidil walaupun ada berdush dush jugak..(sorry yer erna aidil terpukul danish n damia..) masa last kat sushi tu comelnyer. Aidil asyik sebut nama danish...kat toilet dia ada sticker..dia cakap ni aidil, ni damia n ni danish. Heheh..syahdu pulak maknye. Hehehe..
Masa kat eki tu..harus je air mata mak ni nk merambu. ahahhahahahaa...sayu la. InsyaAllah nanti balik msia kita jumpa ya.. KOt2 ada rezeki berjiran ke kan. Hehehe..

ni gambar courtesy of erna..

skrg di nihon..aah..masa check kt doc malaysia..mmg doc suwuh pantang seafood+telur..sbb penyakit kulit dia tuh..alhamdulillah..now dah licin sket thanks kct..wahh..bb ai makin choooomei ngan macam2 aksi.. Sat 12-Apr-2008 05:32
Posted by:mommy-izzdanish  - [Link]
Salam Madoct sefamily!
Terima kasih tak terhingga kerana sudi menerima kami disana! Tak terbalas jasa dan budi baik kalian! Bawak jalan semua, tumpang makan tido... hhuhuhu..aku pun syahdu lak baca entry nih.. samala kita mintak maaf halal makan minum semua ya.. hal budak2 tu tak pernah amik 'pot' pun..biasalah budak2... d&D pun lebih kurang jugak tu.. seronok sangat dapat pi sana! sorryla hangpa bawak kami jalan2 sampai demam semua ...
hangpa balik sini,kita jumpa lagi naa... kita pi pekena ikan bakaq kat Melaka! Mata ne!
Sun 13-Apr-2008 11:14
Posted by:Erna
sonok nye derang..hehhheh Tue 15-Apr-2008 14:24
Posted by:rizza-UmiHassan  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 10-Apr-2008 09:15 Email | Share | | Bookmark
Erna, Faizal, Danish and Damia datang. Yatta!

 
 
 
View all 6 photos...
Hisashiburi ni dapat tetamu. PUnya la tak sabar menanti depa ni datang. Akhirnya datang juga dan rasa macam sekelip mata je depa dah nak kena balik Malaysia. Sedehnye...seronok je bila ada kawan-kawan datang berkunjung ni. Erna, tq sbb datang..hang punya brownies mmg superb. Tq bawa buah tangan banyak-banyak. Minta maaf jugak sebab keadaan kami yang tidak seberapa ni.

First day Erna sampai sini, aku jemput derang kat Anjo eki..pusing punya pusing sesat jugak aku rupanya walaupun dengan bantuan Navi. Akhirnya erna tunggu lebih setengah jam baru la aku sampai. Alhamdulillah tak susah nak cam...heheheh...yerla, saper lagi yang pakai tudung dengan dua orang kanak2 comel tunggu di perhentian teksi.Amboii..comeynya Erna sama macam kat FP dia. Jalan-jalan kejap..lepas tu terus aku ajak erna balik rumah aku sebab nampak dia macam tk larat..(demam). Bagi panadol 2 biji erna down sekejap so malam tu kami tak kemana-mana. Lagipun esoknya erna nak keluar awal ke kyoto pulak.
Esoknyer erna sefamily ke Kyoto seawal 8:30pagi dah keluar...terasa satnya Erna datang. Lepas satu malam kat Kyoto Erna akan balik kesini balik.
Sepatutnya Erna plan nk ke USJ tapi tk jadi sebab anak2 makin teruk selsema so takut melepas plan nak main snow hari Sabtu.. So Jumaat tu Erna sampai awal sket kat okazaki ni. Bawak erna g Okazaki minami koen. Tempat kami selalu jalan2 dengan anak2. Kami pon memang plan nk bergambar dengan sakura. Maklumla..ini mungkin tahun last kami di sini.



Sabtu pagi, bertolak ke Hirugano. Bawak bento pakaian dan bahan mentah untuk dimasak kat rumah kaisha ni. Puasla Damia bergolek dalam salji..walaupun dah tak banyak sangat salji..boleh la budak-budak nak enjoy..






Mermandangkan hari masih awal, tak jadi plan tido kat rumah kaisha, terus ke Toki outlet je. Aku okey jer sbb bukan aku yang drive. Heheheheh..kalau aku drive, memang sah kena tido sbb aku dah tk larat...(apa punya stamina la aku ni..madok kata koureisho高齢症 ) Apa lagi shopping time la... Beg Erna beranak pinak lagi..eehehehheeee


Dah Ahad pon..Erna dah nak kena balik ke Saitama untuk flight esoknya. Sedehnyeee...
Plan hari ni dekat-dekat ajer..ke OKazaki Koen tgk Sakura festival. PUnya la jem..parking pon jauh... jenuh jalan. Kesian Erna n Faizal menggendong anak-anak. Aku dukung Ai shahira yang 9kg ni pon dah rasa nak patah bahu.



Sebelum berpisah tu kami makan-makan kat Atom Boy sushi...merasa jugakla erna makan unagi(belut). Hehehhee,,terkena jugak ko yer
Sedeh sangat masa nak berpisah dengan erna, walaupun kejap je jumpa rasa macam dah lama sangat kenal. Maklumla..sejak duk Jepun ni mana la ada duk kenal-kenal dengan kawan baru. SEtakat kawan-kawan kat jepun ni jerla. Tq erna sebab datang. Ai shahira pon terhibur je dengan kakak Damia...suka sangat bila Damia sebut.." yer sayang..'' kat Ai Shahira..Cutenyer masyaAllah. Danish ngan Aidil walaupun ada berdush dush jugak..(sorry yer erna aidil terpukul danish n damia..) masa last kat sushi tu comelnyer. Aidil asyik sebut nama danish...kat toilet dia ada sticker..dia cakap ni aidil, ni damia n ni danish. Heheh..syahdu pulak maknye. Hehehe..
Masa kat eki tu..harus je air mata mak ni nk merambu. ahahhahahahaa...sayu la. InsyaAllah nanti balik msia kita jumpa ya.. KOt2 ada rezeki berjiran ke kan. Hehehe..

Care to comment?


Thursday, 3-Apr-2008 02:09 Email | Share | | Bookmark
Aidil jatuh dari slide

 
 
 
View all 6 photos...
Kalini cerita pasala Aidil jatuh dari slide. Pada suatu petang, kami 3 beranak pon berjalan kaki ke playground yang tak jauh dari rumah. Mula-mula tu memang la masing-masing seronok dapat jalan-jalan. Asyik-asyik duk jalan kat Jusco, Apita je.. best la pulak jalan kaki, tengok car, bus, truck...



Lepas tu Aidil nak la try slide yang satu ni..besar dan tinggi jugak la untuk Aidil ni. First try je, terus menangis, ingatkan kaki terpelecok ke apa, sekali tu tengok darah penuh keluar kat mata. Paniknye, Tuhan saja yang tau. Mujur ada makmak kat situ yang bagi towel basah untuk lap ,ata dia. Mak sorang tu suruh bawa pi hospital..(mula la menyesal tak drive datang taman nih). Tapi kita kata taktau la hospital dekat-dekat sini so mak budak tu offer nk tunjukkkan jalan(nama dia Mrs KObayashi). Berlarilah kami ke klinik pakar surgeri. Aku dukung Aidil dan Mrs KObayashi tolak Ai-chan. Sampai spital, terus masuk jumpa doc, mula2 kata nk jahit tapi dia suruh tunggu giliran sebab darah pon macam dah tak banyak yang keluar. Selepas tunggu beberapa ketika, dapatla masuk balik jumpa doktor. Dia kata kalau nak jahit kena bius sepenuhnya sebab terkoyak kat kelopak mata nih. Tapi ada cara lain, iaitu letak plaster sel (aku pon tk paham sangat) untuk cantumkan isi tu. Of course la letak plaster lg aku prefer. menangis2 jugakla masa nak letak tu..



Tapi biasala budak-budak ni. Kejap je seriknya.. mama je yg serik. Takut kalau-kalau effect penglihatan ke...

Oh yer..hari sabtu 29/3 kak Fizan dah bersalinkan baby Harraz...
Congrats Hafiy dah dapat adik...





Ni muka lepas dah tk rasa serik



Quote:
ooh..itu namanye eh nashwa. Hehehe..maklumla..tatau sangat medical term untuk benda-benda cam gini.

fifth, tq sbb melawat sini.. pendapat kct yg pro-bf for surela alasan takdak susu tu tak boleh diterima melainkan sebab-sebab kesihatan macam yang boleh memudaratkan baby dan ibu. Kalau setakat takder masa nak pam susu ke..takder susu sbb memang jenis tkde susu ke, kct still tak dapat terima alasan tu untuk bagi anak fm...itu pendapat kct tapi tu anak orang kan. Lantakla.hehhe..Yang penting anak kita... buatlah yang terbaik. Usaha tangga kejayaan...ganbare!

Aduhai ngerinya tengok... Fri 4-Apr-2008 08:32
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
ya Allah..ngerinyer tgk mata aidil...huhu..harap2 takde apa2
alahai ai-chan...muka nak sama besar dgn abg dahhh
Fri 4-Apr-2008 18:31
Posted by:mommyhafiy
SALAM,
HOWS LIFE?????? LAMA TAK COMMENT GERAM TGK AI CHAN TU CUTE...MCM NAK GOMOL2 DIA
Sat 5-Apr-2008 07:05
Posted by:masyitah thalia_sweetheart@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.